Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Sunday, June 28, 2009

Keretaku sudah siap - versi kedua

 





Akhirnya, kereta aku sudah siap setelah berusaha menyiapkannya walaupun hanya suka-suka.Masih terlalu banyak (x100) yang perlu dipelajari.Tetapi buat masa ni, hanya inilah yang mampu aku buat. huh.

Aku amat menyukai kereta, tapi kadangkala aku membenci kereta. Disebabkan sistem pengangkutan di KL ini tidak efisien, aku terpaksa menggunakan kereta setiap pagi untuk pergi kerja. Setiap hari mengharungi kesesakan yang tiada kesudahannya. Aku mula terfikir aku berada pada sistem yang salah.Sistem yang menggalakkan pembaziran berleluasa.Setiap kereta hanya ada sorang sahaja. Aku membayangkan jika orang di dalam kereta ini dimasukkan ke dalam bas, hampir kosonglah jalan-jalan di sekitar KL ini. Disebabkan pengangkutan awam tidak efisien, aku terpaksa menanggung hutang puluh ribu ringgit,menghabiskan wang untuk membeli emas hitam, menyedut asap semasa kesesakan.menghabiskan umur aku di dalam kereta,mencemarkan alam. Jiwa aku sedikit memberontak dan aku pasti jiwa lain juga sama. Aku semakin tidak suka cara hidup begini yang tidak praktikal dan efisien.Semakin kita maju, semakin mundur pemikiran kita.

Aku lihat Singapura lebih baik dan bijak. Sistem pengangkutan yang lancar, efisien,cekap,banyak,pantas,murah dan tidak perlu memandu jauh-jauh untuk ke pejabat dan akhirnya menuju kebahagiaan dan kesenangan. Duit yang lebih-lebih boleh beli barang keperluan lain dan aku lihat KL semakin kritikal, makin hari makin teruk,akhirnya kesusahanlah yang kita dapat. Sudahlah duit gaji pun tak seberapa tetapi terpaksa membeli kereta, kalau motor takut kena hujan.Kalau gaji sekitar 2k memang tak sepatutnya pakai kereta,memang luar kemampuan dan jauh sekali jika inginkan kereta seperi waja atau vios.

Aku membayangkan jika KL dilengkapi dengan pengangkutan awam yang baik, jalan-jalan makin sunyi, tidak sibuk, udara semakin bersih, segar, kita semakin tenang untuk ke pejabat,hanya mengambil masa beberapa minit atau setengah jam sahaja, tidak perlu berebut-rebut.tidak perlu terkocoh-kocoh atau bangun awal, kadang2 kita tidak dapat membezakan hari ahad dengan hari isnin,alasan datang lambat sebab kesesakan tidak lagi digunapakai, kesesakan hanya tinggal dalam buku sejarah, kita lebih efisien dan bertenaga dan ini barulah dinamakan kemajuan.
 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff